Monday, November 19, 2012

Terlalu Indah ..~_@


Salam...

Kali ni, ingin sekali saya bawa anda semua ke satu tempat yg menjadi idaman semua orang Islam, iaitu Mekah Mukarramah.

Rasa bagaikan tak percaya masih lekat di hati saya tiap kali saya membuka lembaran album yang termuat di dalamnya gambar ketika saya dan kakak menunaikan umrah pada akhir bulan Mei lepas.

Ini adalah sebuah pengalaman yang membuat saya teruja. Walaupun tanpa rancangan dan persediaan yg rapi sebelum berangkat ke sana, tapi Alhamdulillah, saya mampu menyelesaikan umrah sebanyak 5 kali sepanjang 7 hari keberadaan saya di tanah suci.

Sebelum saya berangkat ke sana,  time tu sepatotnya jadi masa stadi week saya. Perasaan sedih dan takut sentiasa menyelubungi saya sebelum berangkat ke sana. Manakan tidak, kawan-kawan lain bergelumang dengan buku-buku tapi saya pergi jauh kerana untuk beribadah kepadaNya.

Itulah pengorbanan yang terpaksa yang lakukan utk pergi ke Tanah Suci. Dan ternyata, saya tidak pernah menyesal tinggalkan soal keduniaan demi mencari hakikat cinta Ilahi.

Perasaan tenang ketika berada di sana tak dapat saya gambarkan. Pertama kali mengunjungi Masjidil Haram dan memandang ke arah Kaabah, hati diserbu rasa pilu. Keyakinan terhadap kewujudanNya makin menebal. Perasaan syukur juga tidak terlepas kerana dilahirkan sebagai SEORANG MUSLIM.

Merata manusia datang dari segenap alam, semuanya berbeza namun sujud di tempat yang sama, mengadap ke arah kiblat yang sama. Itulah lambang perpaduan umat Islam.

"Islam agama persaudaraan, Muslim itu bersaudara".

Inilah antara beberapa potrait yang mampu saya hadirkan utk tatapan semua:

wif my sis..nak beli susu unta...~_@ 


kat tapak masjid hudaibiyah lama



 family pok awie...time ksh menjaga kami sepnjang di sana


 suasana malam sekitar Masjidil Haram


 suasana di Kaabah sebelum Asar



 wif my sis again...ready for tawaf for the first time

sempat lagi bergambar sbl tawaf wida'...sob sob

Ok, takat tu dulu..dah banyak kan tu...tQ

Saturday, November 17, 2012

Mampukah aku untuk berubah??


Assalamualaikum dan Salam Maal Hijrah 1434H




Terlalu lama rasanya aku tidak menjenguk ke blog ku ini. Hati ini rindu sekali ingin post sesuatu di sini tetapi apakan daya, ada aje rintangan dan halangan datang.


Sempena Tahun Baru Hijrah 1434H ini, aku menanamkan satu azam baru dalam diri aku ini. Aku ingin lupakan semua kisah yang pahit pernah aku alami sebelum ini. Aku tak mahu lagi diselubungi dengan perasaan sedih dan pilu. 


Sebelum ini, aku selalu menjadikan makhluk ciptaan Allah sebagai tempat untuk aku mengadu jika sesuatu masalah datang menimpa. Tapi apabila aku kehilangannya, aku mula jadi tidak tentu hala dan sering hidup dalam kemurungan .Aku bagaikan tidak dapat menerima hakikat yang aku sudah kehilangannya dan ia tak perlukan aku lagi dalam hidupnya.


Setelah beberapa bulan berlalu, aku mulai sedar dan cuba untuk menerima hakikat itu. AKU REDHA DGN APA YG BERLAKU. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini dan suluhkan ia ke jalan yang Kau redhai.


Sebelum ini aku lupa,  Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:



"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."(Al-Mukmin:60).

Kini, setiap kali selepas solatku, jika ku teringatkan ia, aku akan berdoa agar aku ditetapkan iman dan sabar dalam menempuh dugaan ini. 

"Ya Allah kurniakanlah ku seseorang yang dpt menerima ku dan keluarga seadanya, seseorang yang sama-sama berjalan di atas jalan yang benar dan yang Kau redhai"