Terlalu lama rasanya aku tidak menjenguk ke blog ku ini. Hati ini rindu sekali ingin post sesuatu di sini tetapi apakan daya, ada aje rintangan dan halangan datang.
Sempena Tahun Baru Hijrah 1434H ini, aku menanamkan satu azam baru dalam diri aku ini. Aku ingin lupakan semua kisah yang pahit pernah aku alami sebelum ini. Aku tak mahu lagi diselubungi dengan perasaan sedih dan pilu.
Sebelum ini, aku selalu menjadikan makhluk ciptaan Allah sebagai tempat untuk aku mengadu jika sesuatu masalah datang menimpa. Tapi apabila aku kehilangannya, aku mula jadi tidak tentu hala dan sering hidup dalam kemurungan .Aku bagaikan tidak dapat menerima hakikat yang aku sudah kehilangannya dan ia tak perlukan aku lagi dalam hidupnya.
Setelah beberapa bulan berlalu, aku mulai sedar dan cuba untuk menerima hakikat itu. AKU REDHA DGN APA YG BERLAKU. Ya Allah, Kau tetapkanlah hatiku ini dan suluhkan ia ke jalan yang Kau redhai.
Sebelum ini aku lupa, Allah adalah sebaik-baik tempat mengadu. Seperti firman Allah SWT yang bermaksud:
"Berdoalah kepadaKu, nescaya akan Kuperkenankan bagimu. Sesungguhnya orang-orang yang menyombongkan diri dari menyembahKu akan masuk neraka Jahanam dalam keadaan hina dina."(Al-Mukmin:60).
Kini, setiap kali selepas solatku, jika ku teringatkan ia, aku akan berdoa agar aku ditetapkan iman dan sabar dalam menempuh dugaan ini.
"Ya Allah kurniakanlah ku seseorang yang dpt menerima ku dan keluarga seadanya, seseorang yang sama-sama berjalan di atas jalan yang benar dan yang Kau redhai"


Assalamualaikum sahabat,
ReplyDeletestiap apa yg b'laku pasti ada hikmahnya.
Be strong, dear! dan ingatlah, Allah Maha Mendengar.
dan...
ingat lg x?
'Tentang Cinta' by Pahrol Mohamad Juoi:
'Jika tepat masa, ketika, keadaan dan SIAPA, cinta adalah kuasa luar biasa yang tiada bandingnya..'
In shaa Allah.. :)
B'coz He know what we need,
not those which we want, right? (^,~)