Tuesday, April 24, 2012

Rindu melambai...=(

Assalamualaikum...dalam kolum "sweet moment" saya akan mengimbau kenangan-kenangan saya bersama famili dan kawan-kawan bercuti @ pergi ke tempat2 yang menarik..

Kali ini, saya akan ceritakan pada kamu semua pengalaman saya bercuti ke Cameron Highland..sebenarnya dah tiga kali saya menjejak kan kaki ke sana..kali pertama semasa mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Brinchang bersama kawan2 di UDM pada tahun 2009. ternyata pengalaman itu sangat sukar utk saya lupakan. pertama kali menjejakkan kaki di sana, cuaca nya sangat sejuk kerana ketika kami sampai di sana sedang hujan ketika itu. suhu bertambah sejuk apabila malam menjengah..time nak mandi, usah disebut, airnya seperti ais, sangat sejuk.. pengalaman pertama yg manis bersama kawan2 masih tersimpan rapi hingga kini di benak fikiran dan dilubuk hati walaupun kenangan itu sudah masuk tahun ketiga sekarang.

kali kedua pula masa bercuti bersama keluarga time cuti sekolah sempena tahun baru cina 2010 iaitu setahun selepas ekspedisi mendaki bersama kawan2 UDM. kali ini, saya dan famili mengambil kesempatan utk bercuti bersama & sepupu2 juga join sekali.  kami menginap di sebuah hotel yg berhampiran dgn pasar malam di sana, nama hotel tu saya dh lupa la..huhu. antara tempat2 yg kami lawati ialah taman bunga, taman kaktus, tanah rata dll. time yg paling best kt Cameron ni bg saya, bila malam tiba..suhu tiba2 jd sejuk, rasa cam kt oversea pon ada tau..bila ckap, asap keluar dari mulut., syok kan..hehe. tapi time nak tido tu susah sikit la, kena la selimut tebal2, kalau tak, beku la keesokan harinya...huhu. best nya bila bercuti bersama famili ni mestila time shopping kan, ada org belanja, xpayah nk guna duit sendiri, save money..kesimpulannya, bercuti lah bersama keluarga anda selalu..=)

dan kali terakhir saya ke Cameron ialah bersama kawan2 @USIM iaitu K.Fuzah, Nani & Mia. kami pergi ke sana dalam masa sehari shj pergi & balik..jimat duit la katakan..hehe. xde plan pon sebenarnya nak pergi ke sana sebenarnya tapi ada org nk bawak, kami pon join la sekali..dah la time tu duit ad dalam 20 ringgit je,,jwb nye xblh la shopping kan,,sedihnye la time tu..kali ni, kami pergi ke ladang teh, tmpt penternakan  lebah n taman bunga, kalau pegi ke Cameron, xsah kalau xshopping kat pasar malm kt sana. ni la tmpt paling murah dan banyak pilihan kat sini..kali ini, xblh la bermalam kt sini lagi, sebelum maghrib lagi kami dh bertolak balik..

tu la, serba sedikit pengalaman sy ke Cameron Highland..bila la pulak agaknya nak bercuti ke sana lagi..rindu suasana malam kat sana dan Gunung Brinchang bagaikan melambai-lambai sy utk ke sana lagi...=(

kat sini, saya share skit photo yg masih dlm simpanan sy..lps format laptop, habis gmbr2 sy hilang,,habis semua kenangan lama2, zaman muda mudi dlu..hehe



ladang teh menghijau,,cukup mendamaikan..


 hai si merah,,xtau nama apa bunga ni,,asalkan lawa, saya snap je...=)

rindunya kat kamu wahai stoberi...long to touch you freshly again...@_@


hai, sy bunga rose pink..lawa tak sy??


hasil nukilan saya sendiri...flowers all together in a pic...


my family and I..bergambar berlatar belakangkan Gunung Brinchang (silau, xberapa nampak gunung kt blkg)


ha!  pic ni bru nampak sikit G. Brinchang kt blkg.,,hepi nya time ni..one of the best moment ever..=)


ok, sampai takat ni la dlu apa yg sy share kali ini..len kali, sy bawa awak semua kt tempat lain pulk ye...tata



3 comments:

  1. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  2. Wow! bestnya..bila miss tahirah nak ajak akak? (^,^)

    ReplyDelete
  3. bila kita ad mse free, kita p sne ramai2,,skrg sibuk kn. pah abs blaja ape kan..

    ReplyDelete