Saturday, April 21, 2012

jom niat: Sahaja Aku MencintaiMu

ASSALAMUALAIKUM...

Niat? apa tu niat...niat ni sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia yang menentukan samada sesuatu amalan kita diterima atau tidak. Sebelum melakukan sesuatu itu, kita mestilah perbetulkan niat kita terlebih dahulu, niat kat dalam hati melakukan amalan yang baik kerana Allah,,,contohnya, niat solat kerana Allah bukan utk menunjuk-nunjuk, niat nak belajar kerana Allah dan niat puasa juga kerana Allah. jika niat kita sudah salah dari awal lagi dan terkeluar dari syariat, maka pahala amalan kita tidak akan dikira. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih) 

Sori ye, lari sikit ye dari topik,,sebagai pengenalan je dan renungan bersama. Sebenarnya, saya kali ini saya nak cakap pasal video pilihan  yang saya pilih..dialu-alukan anda semua mendengarnya, pahtu baru la tau isi sebenar lagu ini. tajuk macam lagu cintan kan, tapi cinta kat Allah bukan manusia ye..





Nasyid ini dinasyidkan oleh kumpulan baru, iaitu Du'a , anak Ust.Amal sendiri. dalam lagu ini, mereka berduet dan ternyata memang best, xrugi dengar dan yang pasti, ia cukup menenangkan. lagu ini mempunyai maksud yang mendalam nak2 last paragraph,,hehe, xtau nak panggil apa, part yg paling last la kot aee..

ok, saya share sikit liriknya kat part yg last tu..

Setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU.. ya Allah...
 
Mesti kamu semua tertanya-tanya kan kenapa saya pilih video dan post kat sini,,,sebabnya video ini memaparkan beberapa lokasi dan pemandangan yang menarik antaranya ialah pemandangan tika hampir senja, ia juga berlokasikan Masjid Sultan Zainal Abidin/Masjid Besi @ Putrajaya. Semestinya, saya rasa tenang dan damai tiap kali dengar lagu dan tengok video ini...
 jadi, saya harap awk semua enjoy dengan video pilihan saya kali ini. lain kali nak post video lain pulak.~.@
 
 

No comments:

Post a Comment