Thursday, April 26, 2012

hasil beriadah..^_^

Pada waktu pagi dan petang sebenarnya masa yg sangat sesuai bagi kita beriadah..nak tau tak kenapa, sebabnya suasana pada waktu pagi kan tak berapa panas lagi..time tu matahari baru nk bangun tido, cam kita la jugak, mata pon xbuka sepenuhnya lagi kan..hehe. so, suasana time tu boleh dikatakan "suam-suam kuku". udara time tu pulak masih segar slps bumi kita refresh buka lembaran baru. pagi-pagi, ada titisan embun yg membangkitkan aroma pagi...wah, fresh nya ras..cuba kawan-kawan tarik nafas sekali,,,tahan nafas,,,n hembussss..fuhh lega..hihi.

apa pulk istimewanya waktu ptg ye..suasana waktu ptg, blh dikatakan tak la panas sangat dan tak la sejuk sangat, sedang-sedang saja kan. yela, time ni matahari dah nak masuk tido balik lps seharian menyinari bumi dengan cahayanya..Subhanallah,,itulah kekuasaan Allah s.w.t yg terlalu bijaksana dlm mengatur tiap2 ciptaanNya supaya berfungsi dgn baik..=)..sambung balik cite pada waktu ptg, pada mgu lps, saya n housemate berkesempatan jalan-jalan pusing Country Orchid a.k.a Desa Anggerik..dah lama kitorang xbuat aktiviti macam ni..kepenatan + kesibukan dgn kuliah & assignment m'bataskan kami berbuat demikian..bila dah dapat peluang macam ini, apa lagi, gunakan kesempatan yg ada dgn sebaik mungkin..hasilnya 2 hari berturut-turut kami jln2 pusing taman..

kami bukan jalan2 & pusing saja2 tau..ada hasilnya selain kami yg berpeluh dan menyihatkan tubuh badan kami sendiri. kamera kami pon turut bekerja keras dlm menghasilkan gambar2 yg terbaik..nak tengok tak apa hasil yg sy dapat...jom layan pic-pic di bawah...:



 "practice makes perfect"..blaja bokeh,,tak tahu la jd ke tak...


 snap kt rumah orang,,cantik2 bunga kat umah die..tuan rumah, minta maaf ye tak minta kebenaran..huhu



buah ni saya panggil "buah ulat bulu"..masa kecik2 suka makan buah ni masa main dgn kwn2. xsangka kat sini pon ad jugak buah ni..@_@


bunga pink ni pon sama mcm bunga merah kat ats..nice to see, not to touch.k..milik org kan..


ni pokok ape tah, tgk cm cantik, main snap je..kiki


someone in the dark..pemandangan ketika matahari hampir terbenam


yang ni dah hilang model..tinggal rumah je kat situ


pemandangan dari akasia..kat tempat tinggi lagi jelas matahari tu



 gambar terakhir snap hari tu,,maghrib baru kitorang sampai rumah..huhu


Tuesday, April 24, 2012

Rindu melambai...=(

Assalamualaikum...dalam kolum "sweet moment" saya akan mengimbau kenangan-kenangan saya bersama famili dan kawan-kawan bercuti @ pergi ke tempat2 yang menarik..

Kali ini, saya akan ceritakan pada kamu semua pengalaman saya bercuti ke Cameron Highland..sebenarnya dah tiga kali saya menjejak kan kaki ke sana..kali pertama semasa mengikuti ekspedisi mendaki Gunung Brinchang bersama kawan2 di UDM pada tahun 2009. ternyata pengalaman itu sangat sukar utk saya lupakan. pertama kali menjejakkan kaki di sana, cuaca nya sangat sejuk kerana ketika kami sampai di sana sedang hujan ketika itu. suhu bertambah sejuk apabila malam menjengah..time nak mandi, usah disebut, airnya seperti ais, sangat sejuk.. pengalaman pertama yg manis bersama kawan2 masih tersimpan rapi hingga kini di benak fikiran dan dilubuk hati walaupun kenangan itu sudah masuk tahun ketiga sekarang.

kali kedua pula masa bercuti bersama keluarga time cuti sekolah sempena tahun baru cina 2010 iaitu setahun selepas ekspedisi mendaki bersama kawan2 UDM. kali ini, saya dan famili mengambil kesempatan utk bercuti bersama & sepupu2 juga join sekali.  kami menginap di sebuah hotel yg berhampiran dgn pasar malam di sana, nama hotel tu saya dh lupa la..huhu. antara tempat2 yg kami lawati ialah taman bunga, taman kaktus, tanah rata dll. time yg paling best kt Cameron ni bg saya, bila malam tiba..suhu tiba2 jd sejuk, rasa cam kt oversea pon ada tau..bila ckap, asap keluar dari mulut., syok kan..hehe. tapi time nak tido tu susah sikit la, kena la selimut tebal2, kalau tak, beku la keesokan harinya...huhu. best nya bila bercuti bersama famili ni mestila time shopping kan, ada org belanja, xpayah nk guna duit sendiri, save money..kesimpulannya, bercuti lah bersama keluarga anda selalu..=)

dan kali terakhir saya ke Cameron ialah bersama kawan2 @USIM iaitu K.Fuzah, Nani & Mia. kami pergi ke sana dalam masa sehari shj pergi & balik..jimat duit la katakan..hehe. xde plan pon sebenarnya nak pergi ke sana sebenarnya tapi ada org nk bawak, kami pon join la sekali..dah la time tu duit ad dalam 20 ringgit je,,jwb nye xblh la shopping kan,,sedihnye la time tu..kali ni, kami pergi ke ladang teh, tmpt penternakan  lebah n taman bunga, kalau pegi ke Cameron, xsah kalau xshopping kat pasar malm kt sana. ni la tmpt paling murah dan banyak pilihan kat sini..kali ini, xblh la bermalam kt sini lagi, sebelum maghrib lagi kami dh bertolak balik..

tu la, serba sedikit pengalaman sy ke Cameron Highland..bila la pulak agaknya nak bercuti ke sana lagi..rindu suasana malam kat sana dan Gunung Brinchang bagaikan melambai-lambai sy utk ke sana lagi...=(

kat sini, saya share skit photo yg masih dlm simpanan sy..lps format laptop, habis gmbr2 sy hilang,,habis semua kenangan lama2, zaman muda mudi dlu..hehe



ladang teh menghijau,,cukup mendamaikan..


 hai si merah,,xtau nama apa bunga ni,,asalkan lawa, saya snap je...=)

rindunya kat kamu wahai stoberi...long to touch you freshly again...@_@


hai, sy bunga rose pink..lawa tak sy??


hasil nukilan saya sendiri...flowers all together in a pic...


my family and I..bergambar berlatar belakangkan Gunung Brinchang (silau, xberapa nampak gunung kt blkg)


ha!  pic ni bru nampak sikit G. Brinchang kt blkg.,,hepi nya time ni..one of the best moment ever..=)


ok, sampai takat ni la dlu apa yg sy share kali ini..len kali, sy bawa awak semua kt tempat lain pulk ye...tata



Saturday, April 21, 2012

jom niat: Sahaja Aku MencintaiMu

ASSALAMUALAIKUM...

Niat? apa tu niat...niat ni sangat penting dalam kehidupan kita kerana ia yang menentukan samada sesuatu amalan kita diterima atau tidak. Sebelum melakukan sesuatu itu, kita mestilah perbetulkan niat kita terlebih dahulu, niat kat dalam hati melakukan amalan yang baik kerana Allah,,,contohnya, niat solat kerana Allah bukan utk menunjuk-nunjuk, niat nak belajar kerana Allah dan niat puasa juga kerana Allah. jika niat kita sudah salah dari awal lagi dan terkeluar dari syariat, maka pahala amalan kita tidak akan dikira. 

Hadis Rasulullah SAW yang bermaksud, Sesungguhnya setiap perbuatan itu disertakan dengan niat dan sesungguhnya setiap orang itu apa yang diniatkan. Barangsiapa yang berhijrah kepada Allah dan Rasulnya, maka hijrahnya kerana Allah dan Rasulnya dan barangsiapa yang berhijrah kerana dunia atau kerana perempuan yang ingin dinikahinya, maka hijrahnya kepada apa yang dihajatkannya. (Muttafaqun Alaih) 

Sori ye, lari sikit ye dari topik,,sebagai pengenalan je dan renungan bersama. Sebenarnya, saya kali ini saya nak cakap pasal video pilihan  yang saya pilih..dialu-alukan anda semua mendengarnya, pahtu baru la tau isi sebenar lagu ini. tajuk macam lagu cintan kan, tapi cinta kat Allah bukan manusia ye..





Nasyid ini dinasyidkan oleh kumpulan baru, iaitu Du'a , anak Ust.Amal sendiri. dalam lagu ini, mereka berduet dan ternyata memang best, xrugi dengar dan yang pasti, ia cukup menenangkan. lagu ini mempunyai maksud yang mendalam nak2 last paragraph,,hehe, xtau nak panggil apa, part yg paling last la kot aee..

ok, saya share sikit liriknya kat part yg last tu..

Setiap hela nafas
setiap gerak tangan
setiap degup jantung
setiap derap kaki
takkan pernah bermakna tanpa CINTA-MU.. ya Allah...
 
Mesti kamu semua tertanya-tanya kan kenapa saya pilih video dan post kat sini,,,sebabnya video ini memaparkan beberapa lokasi dan pemandangan yang menarik antaranya ialah pemandangan tika hampir senja, ia juga berlokasikan Masjid Sultan Zainal Abidin/Masjid Besi @ Putrajaya. Semestinya, saya rasa tenang dan damai tiap kali dengar lagu dan tengok video ini...
 jadi, saya harap awk semua enjoy dengan video pilihan saya kali ini. lain kali nak post video lain pulak.~.@
 
 

Awam Nanooo..

kali ini, saya nak share dengan kamu semua tentang kegemaran baru saya..apa dia agaknya ye..emmmmm.


sila klik read more, jika ingin tahu..hehe