Assalamualaikum semua..sedar tak sedar, sekarang dah pun masuk bulan 5 tahun 2012 ni. Saya memang menunggu-nunggu kedatangan bulan 5 ni setiap tahun..hehe. sebab apa agaknya ye..awak-awak semua tekalah sendiri.k
Bila dah masuk bulan 5 ini, maknanya tak sampai sebulan dah kita akan berada dalam semester 6 ini, lagi dua sem je lagi saya akan habiskan pengajian kat USIM,,,excited nak habis belajar cepat-cepat tapi nervous nak hadapi cabaran dunia luar yang penuh mencabar...banyak persoalan bermain di minda, mampukah saya memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar dan bolehkah bertahan dengan pekerjaan tersebut...hhmmmmm, pening kan cmtu..huhu.
Saya dah cakap banyak pulk, boleh tension kan camni...ok la, sebenarnya kali ini saya nak post pasal "Pantai Mengabang Telipot" dan semestinya pantai ni kat negeri kelahiran saya sendiri, Terengganu.. agak-agaknya ada tak orang yang tak suka ke pantai ye...sila angkat tangan, saya nak kira bape orang yang pelik,,sori ye melabel anda begitu, mungkin ada kenangan pahit kot tersemat di memori anda...saya sangat suka ke pantai biar pun saya membesar dengan keindahan pantai, namun tak pernah puas untuk ke mana-mana pantai..Kini dan selamanya "in love with beautiful beach".
kat pantai kan kita dapat melihat kebesaran Tuhan, betapa luasnya lautan sampai tak terjangkau di pandangan kita semua, namun ilmu Allah itu lagi luas..lagi, kita boleh release tension dengan ketenangan damai bayu yg melambai...Ya Allah, aku bersyukur kerana aku membesar di sebuah negeri yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang aman damai, namun itu tak menjanjikan ia akan selalu kekal begitu, aku hanya mampu mampu berdoa agar keamanan yang kita miliki selama ini akan berterusan hingga akhir hayat dan aku berharap hati ini tidak akan lekang mengucap syukur padaMu Ya Allah...Alhamdulillah..
Maaf ye semua, tercakap banyak pulak sebab perkara yang terbuku di hati saya ini...
ok la, seperti biasa saya lampirkan beberapa keping gambar yang saya snap sendiri kat pantai tersebut...
3pm @ pantai ni,,snap picture dari kejauhan je..
pantai yang sangat simple, tapi bayunya mendamaikan tetap melambai kita utk ke sana
nampak tak kedai di tepi pantai...slps mkn ikan celup tepung + abc + bebola = jalan2 kat pantai ini.
dari kejauhan, pulau redang menggamit perasaan utk berkunjung sekali lagi ke sana..tapi entah bila??
keindahan pantai mengabang telipot @ 3pm
speechless already..enjoy!!
eemm,,tu jela pic yg ada dan elok utk ditayang kat sini..datang kat sini bersama najihah,,kwn @unisza. utk pengetahuan semua, pantai ini di gong badak n berdekatan dgn unisza...kalu dtg unisza or gong badak, feel free to visit this beach,,insyaallah u will love it, as i do..@_@
No comments:
Post a Comment