Pada suatu petang yang damai dan menenangkan, cuaca yang baik dan disulami dengan hembusan bayu yang mendamaikan, jadi saya dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk berjoging ke pavilion di USIM...
Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang,,perjalanan ke pavilion mengambil masa hanya 5 minit je..sesampai kami kat pavilion, air muka dan perasaan kami berubah sedikit kerana melihat ramai lelaki di sana sedang bermain futsal, berjoging dan bermain bola tampar..
Sedang kami melakukan warm-up di tempat alatan yg disediakan, tiba-tiba datang pula sekumpulan lelaki dengan membawa sebiji bola menuju ke padang permainan bola jaring, nak main futsal pulak kt tempat bola jaring...(dalam hati cakap, nape la tak main bola jaring je, boleh kitorang join..hihi) tau la mereka tu ramai dan mereka ialah lelaki, habis semua tempat dorang nak conquer..tak aci langsung kan =(
Kami dengan rasa rendah hati dan diri mula mengundurkan langkah, tak ingin lagi berada di situ kerana tak ada lagi tempat untuk kami berjoging di sana..perasaan hammpa mula menyelubungi tiap-tiap diri tapi tetap kami redha..hehe
Kami pon siap-siap la nak balik, walaupun baju kami masih kering dari peluh keringat, tetapi keseganan mengatasi segalanya..lain kali la pulk ye kita joging,..kat mana-mana pon boleh sebenarnya kalau kita nak sesuatu tu..ini lah nasib kami pada hari itu "JOGING TAK JADI"
kesian kat kasut comel ku ni, xdapat nak berbakti kali ini..
ia makin dimamah usia..sudah menjengah usia tua..=(
Orang lain berlalu dgn perasaan hampa tapi aku masih sempat lagi snap picture ni,,,jom kita sama-sama tengok...=)
cuba teka apa di sebalik rimbunan pokok tu...~.@
tu dia!! dari kejauhan..bangunan Canselori tersergam indah
cahaya matahari di sebalik Bangunan Canselori
silau la cik matahari,,nak snap pon dah xnampak....#_#
dah tak sabar-sabar nak berangkat nampaknya..."eemm,pahni kita nak gi mana aee"..
p/s: lain kali kita joging lagi ye, lagi dan lagi.."practise makes perfect"..hehe



No comments:
Post a Comment