Sunday, May 13, 2012

JoGinG xJaDii...

Pada suatu petang yang damai dan menenangkan, cuaca yang baik dan disulami dengan hembusan bayu yang mendamaikan, jadi saya dan kawan-kawan mengambil keputusan untuk berjoging ke pavilion di USIM...

Jam menunjukkan hampir pukul 6 petang,,perjalanan ke pavilion mengambil masa hanya 5 minit je..sesampai kami kat pavilion, air muka dan perasaan kami berubah sedikit kerana melihat ramai lelaki di sana sedang bermain futsal, berjoging dan bermain bola tampar..

Sedang kami melakukan warm-up di tempat alatan yg disediakan, tiba-tiba datang pula sekumpulan lelaki dengan membawa sebiji bola menuju ke padang  permainan bola jaring, nak main futsal pulak kt tempat bola jaring...(dalam hati cakap, nape la tak main bola jaring je, boleh kitorang join..hihi) tau la mereka tu ramai dan mereka ialah lelaki, habis semua tempat dorang nak conquer..tak aci langsung kan =(

Kami dengan rasa rendah hati dan diri mula mengundurkan langkah, tak ingin lagi berada di situ kerana tak ada lagi tempat untuk kami berjoging di sana..perasaan hammpa mula menyelubungi tiap-tiap diri tapi tetap kami redha..hehe

Kami pon siap-siap la nak balik, walaupun baju kami masih kering dari peluh keringat, tetapi keseganan mengatasi segalanya..lain kali la pulk ye kita joging,..kat mana-mana pon boleh sebenarnya kalau kita nak sesuatu tu..ini lah nasib kami pada hari itu "JOGING TAK JADI"

kesian kat kasut comel ku ni, xdapat nak berbakti kali ini..
ia makin dimamah usia..sudah menjengah usia tua..=(


Orang lain berlalu dgn perasaan hampa tapi aku masih sempat lagi snap picture ni,,,jom kita sama-sama tengok...=) 


 cuba teka apa di sebalik rimbunan pokok tu...~.@



 tu dia!! dari kejauhan..bangunan Canselori tersergam indah



cahaya matahari di sebalik Bangunan Canselori


 tiang lampu ni pon nak interframe jugak ae..eemm,,layan jela


silau la cik matahari,,nak snap pon dah xnampak....#_#



 dah tak sabar-sabar nak berangkat nampaknya..."eemm,pahni kita nak gi mana aee"..



p/s: lain kali kita joging lagi ye, lagi dan lagi.."practise makes perfect"..hehe


Monday, May 07, 2012

untukmu IBU>>


Assalamualaikum...entry kali ini sedikit lari dari tajuk blog ini namun begitu tetap ada kaitannnya tapi sikit jela..hehe. Sempena hari ibu yang akan datang ini, saya nak dedikasikan lagu dari Maher Zain utk mak yg saya sayangi dan cintai yg bertajuk NUMBER ONE FOR ME.. "yes, she's number one for me and I hope for forever..=)". ibu adalah idola bagi saya walaupun dia bukan seorang yg berpelajaran tinggi tapi dia tetap seorang yg optimis dan bermotivasi tinggi. saya tak boleh nak bayangkan hidup saya tanpa dia..(lagi messy kot..huhu).

Pada seorang ibu tu, bagi kamu semua kan ada tak ciri-ciri yang mendamaikan?? bagi saya lah,  ada, cuba lihat wajah ibu kamu dan akan rasa ketenangan. kadang-kadang ketenangan si ibu ini lah yg membuat saya malu padanya dan tertanya-tanya pada diri sendiri, kenapa saya tak mampu buat mcm apa yg dia telah buat seperti utk besarkan kami adik-beradik, selalu fikirkan yg terbaik utk" teratak kasih" kami dan seorang suri rumah yg juga  merangkap sbg setiausaha kt kedai ayah saya...hebat tak ibu saya..hehe. dalam keadaannya yg sudah menjangkau usia 55 tahun, ibu saya tetap mampu melakukan banyak kerja dan tak bergantung pada orang lain pon..itu lah satu pengajaran yg cukup besar dalam hidup saya,,,"she taught me to be an independent person as i could".
Salah satu cara yg terbaik ialah menghargainya selagi ibu tetap di sisi kita...

Ok la, Apakata kita sama-sama dengar dan hayati lrik lagu ini..terima lah, Maher Zain, Number One For me:






P/s: Selamat melihat, mendengar dan menghayati...@_@


Sunday, May 06, 2012

Redang menggamit...=)



Salam...di petang yang indah ini, saya nak share pengalaman saya semasa berkunjung ke Pulau Redang pada tahun 2008. Ia satu pengalaman yang menakjubkan. dari kecil lagi, ibu saya menjanjikan akan membawa kami sekeluarga ke Pulau Redang, namun hajat itu tidak pernah kesampaian mungkin kerana kos utk ke sana terlalu mahal..

Pada tahun 2008, saya mengikui rombongan tempat saya praktikal ke Pulau Redang. saya dan rakan-rakan ditugaskan untuk mengawasi pelajar-pelajar. tapi apabila smpai di sana, tugas mengawasi mereka berlalu sepi kerana kami terlalu gembira berada di sana dan peluang itu kami gunakan sepenuhnya..hehe.

Antara tempat-tempat yang menarik di sana yang masih tersimpan kemas dalam memori saya ialah Pulau Pinang (taman laut), Long Beach dan kawasan snorkeling n diving kat tengah laut (dah lupe la nama apa tmpt tu)  yg tersembunyi ikan nemo yg cute mute tu..


Sedihnya saya xdapat nak share pic saya semasa di sana, mungkin video pilihan saya kali ini yang saya kutip dari utube ini dapat menggambarkan keindahan pemandangan di atas dan di dalam laut @ Pulau Redang, Terengganu...

 
http://www.youtube.com/watch?v=z64sXX7IGbI&feature=fvwrel 


Saya harap awk semua enjoy dgn video pilihan kali ini..kalau rasa xberpuas hati,, boleh tgk banyak lagi video kat utube..sampai sini dlu ye,,tata..(^_^)








Mengabang Telipot...#_#

Assalamualaikum semua..sedar tak sedar, sekarang dah pun masuk bulan 5 tahun 2012 ni. Saya memang menunggu-nunggu kedatangan bulan 5 ni setiap tahun..hehe. sebab apa agaknya ye..awak-awak semua tekalah sendiri.k

Bila dah masuk bulan 5 ini, maknanya tak sampai sebulan dah kita akan berada dalam semester 6 ini, lagi dua sem je lagi saya akan habiskan pengajian kat USIM,,,excited nak habis belajar cepat-cepat tapi nervous nak hadapi cabaran dunia luar yang penuh mencabar...banyak persoalan bermain di minda, mampukah saya memperoleh pekerjaan selepas tamat belajar dan bolehkah bertahan dengan pekerjaan tersebut...hhmmmmm, pening kan cmtu..huhu.


Saya dah cakap banyak pulk, boleh tension kan camni...ok la, sebenarnya kali ini saya nak post pasal "Pantai Mengabang Telipot" dan semestinya pantai ni kat negeri kelahiran saya sendiri, Terengganu.. agak-agaknya ada tak orang yang tak suka ke pantai ye...sila angkat tangan, saya nak kira bape orang yang pelik,,sori ye melabel anda begitu, mungkin ada kenangan pahit kot tersemat di memori anda...saya sangat suka ke pantai biar pun saya membesar dengan keindahan pantai, namun tak pernah puas untuk ke mana-mana pantai..Kini dan selamanya "in love with beautiful beach".





kat pantai kan  kita dapat melihat kebesaran Tuhan, betapa luasnya lautan sampai tak terjangkau di pandangan kita semua, namun ilmu Allah itu lagi luas..lagi, kita boleh release tension dengan ketenangan damai bayu yg melambai...Ya Allah, aku bersyukur kerana aku membesar di sebuah negeri yang dikelilingi dengan keindahan alam semulajadi yang aman damai, namun itu tak menjanjikan ia akan selalu kekal begitu, aku hanya mampu mampu berdoa agar keamanan yang kita miliki selama ini akan berterusan hingga akhir hayat dan aku berharap hati ini tidak akan lekang mengucap syukur padaMu Ya Allah...Alhamdulillah..


Maaf ye semua, tercakap banyak pulak sebab perkara yang terbuku di hati saya ini...


ok la, seperti biasa saya lampirkan beberapa keping gambar yang saya snap sendiri kat pantai tersebut...


3pm @ pantai ni,,snap picture dari kejauhan je..

 pantai yang sangat simple, tapi bayunya mendamaikan tetap melambai kita utk ke sana


nampak tak kedai di tepi pantai...slps mkn ikan celup tepung + abc + bebola = jalan2 kat pantai ini.


dari kejauhan, pulau redang menggamit perasaan utk berkunjung sekali lagi ke sana..tapi entah bila??


 keindahan pantai mengabang telipot @ 3pm


speechless already..enjoy!!


eemm,,tu jela pic yg ada dan elok utk ditayang kat sini..datang kat sini bersama najihah,,kwn @unisza. utk pengetahuan semua, pantai ini di gong badak n berdekatan dgn unisza...kalu dtg unisza or gong badak, feel free to visit this beach,,insyaallah u will love it, as i do..@_@

ok tu je, utk kali ini, jumpa lagi dalam post seterusnya..~.^